Kedai Makan Sup Utara – Sajian sup tradisional dari Utara dengan rasa yang asli dan segar. Nikmati setiap hidangan yang penuh dengan rempah dan cita rasa autentik. Jemput datang singgah makan di warung kami !! 🥰✨
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
10:00 am - 10:00 pm
Tutup
10:00 am - 10:00 pm
10:00 am - 10:00 pm
10:00 am - 10:00 pm
10:00 am - 10:00 pm
10:00 am - 10:00 pm
Warung Sup Utara terkenal dengan pilihan sup yang pelbagai, dimasak segar setiap hari menggunakan rebusan tulang yang pekat dan aromatik. Antara menu pilihan pelanggan ialah Sup Daging, Sup Perut, Sup Campur, Sup Tulang serta Bakso termasuk Bakso Beranak yang menjadi kegemaran ramai. Setiap mangkuk dihidang panas dengan rasa asli Utara. Cukup berperisa, mengenyangkan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jika anda penggemar sup, di sinilah tempatnya untuk dapatkan mangkuk sup yang betul-betul memuaskan.
Kami juga menyediakan pelbagai pilihan masakan panas untuk anda yang ingin hidangan cepat, ringkas dan sedap. Antara menu pilihan ialah Mee Goreng, Nasi Goreng, Bihun Goreng, Mee Bandung, Kuey Teow Goreng dan pelbagai menu bergoreng lain. Semua hidangan disediakan panas, menggunakan bahan segar serta rasa yang seimbang, sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Pilihan terbaik untuk pelanggan yang nak sesuatu yang lebih “berisi” dan kenyang lama.
Lebih Lanjut
Untuk pencuci mulut, kami menawarkan ABC dan Cendol yang menyegarkan. Dihidangkan dengan ais halus, santan lemak-lemak, gula melaka pekat dan topping yang lengkap, sesuai dinikmati pada cuaca panas atau selepas menikmati hidangan sup dan goreng-goreng. ABC dan Cendol kami antara menu paling digemari kerana rasanya yang sejuk, manis sederhana dan betul-betul menghilangkan dahaga. Pilihan sempurna untuk penutup setiap hidangan
•Pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan sup, bakso, masakan panas, ABC & cendol terus di kedai. • Suasana santai, sesuai untuk seisi keluarga.
• Semua menu boleh dibungkus untuk dibawa pulang. • Pembungkusan kemas dan selamat supaya makanan kekal panas.
Sup Gearbox kami dari daging hingga ke tulang, lembut dan kuahnya rasa padu. Keistimewaannya datang daripada rencah sup khas buatan sendiri, menjadikan kuah lebih pekat, wangi dan penuh aroma rempah. Dihidang bersama bawang goreng, daun sup segar dan perahan limau. Pilihan wajib untuk peminat sup yang nak rasa betul-betul puas. **Harga mengikut size
Bakso Beranak kami terkenal dengan bebola daging besar berisi bakso kecil di dalamnya. Kuahnya lebih padu dengan rencah sup khas buatan sendiri, menjadikan setiap hirupan rasa lebih pekat, wangi dan puas. Lengkap dengan mi, bawang goreng, daun sup dan cili kicap, hidangan yang confirm kenyang dan puas hati.
Disediakan dengan campuran ais halus, sirap manis, susu, jagung, kacang merah, cincau dan gula melaka yang wangi. Setiap mangkuk dibuat segar, rasa sejuk, lemak manis dan memang puas. Pilihan terbaik nak hilangkan dahaga waktu panas atau selepas makan menu sup yang berperisa.
Dibuat dengan GoCard.my 2025. Hak cipta terpelihara
Page 1